Misteri Roh Pelajar Tidak Tentram
Semuanya bermula sekitar tahun 1870. Lucy Ann Perkins merupakan seorang guru. Dia ditugaskan mengajar di sebuah sekolah di Newburyports dalam daerah Massashussets, Amerika Syarikat.
Lucy tidak tahu ada sesuatu yang menghuni sekolah itu. Para penduduk sekitar dan guru-guru yang mengajar di situ sudah tau dan maklum dengan kehadiran 'seseorang'. Namun, tidak ada seorang pun yang membuka mulut sewaktu Lucy mula mengajar.
Pernah suatu ketika semasa Lucy mengajar di dalam kelas, kedengaran pintu didalam kelas diketuk berulang ulang. Suaranya terlalu kuat sehingga dinding kelas itu terasa seperti bergoncang.
Menyangka mungkin ada sesuatu yang buruk sedang terjadi di luar, Lucy segera membuka pintu. Begitu di buka, tidak ada siapapun yang berada di luar kelas. Malah, lorong luar kelas juga kosong.
Mana mungkin ada manusia yang mampu mengetuk pintu kelas kemudian berlari menyembunyikan diri dalam waktu yang singkat.
Dalam kejadian lain, lonceng yang terletak di atas meja guru berbunyi tanpa henti padahal tidak sesiapa pun yang menyentuhnya. Lonceng itu kemudian terapung di udara sebelum dihempaskan ke lantai.
Angin kencang juga sering bertiup dalam kawasan sekolah walaupun pada ketika itu cuaca sebenarnya sangat baik.
Sinar cahaya yang terang juga sering memenuhi bangunan yang kebetulan melalui kawasan sekolah tersebut.
Adakah hanya Lucy yang ditimpa kejadian misteri ini? Tidak!
Selain guru-guru, penjaga dan tukang cuci yang bekerja di sekolah itu juga sering diganggu. Sampai ke satu tahap, mereka menjadi sangat takut untuk masuk dan membersihkan kawasan sekolah.
Bukan itu saja, banyak pelajar juga tidak hadir ke sekolah kerana takut pada gangguan yang tidak henti-henti muncul sewaktu pembelajaran berlangsung.
Gangguan demi gangguan yang dialami Lucy membuat dia kadangkala takut untuk ke sekolah. Namun, memikirkan tanggungjawabnya sebagai seorang guru, dia berusaha menepis rasa takutnya.
Penduduk yang tidak tahan dengan berbagai gangguan hingga menyebabkan anak-anak mereka takut ke sekolah mulai menjalankan rencana.
Seorang penduduk telah mencari seorang anak laki laki untuk mengaku bersalah di atas semua kekacauan yang telah terjadi di sekolah tersebut. Ini semua untuk menutup misteri yang masih gagal diungkap.
Walau bagaimanapun, anak laki laki yang bernama Amos Currier telah mengaku bersalah, kejadian-kejadian misteri tetap melanda sekolah itu. Ini membuatkan penduduk tidak mempercayai pengakuan Amos.
Kemudian, beberapa penduduk yang telah lama menetap di kawasan tersebut akhirnya menceritakan kejadian sebenarnya.
Kabarnya, kejadian misteri disekolah itu bermula pada tahun 1860. Seorang anak telah melakukan satu kesalahan yang tidak dilakukan. Sebagai hukuman, anak itu telah dipukul dengan kejam sebelum dikurung dalam kamar bawah tanah di sekolah itu.
Keesokannya, anak itu didapati sudah meninggal dunia. Kemungkinan akibat cedera yang parah karena dipukul.
Karena kejadian itu, sekolah Newburyports telah ditutup untuk beberapa ketika untuk meredakan keadaan. Beberapa tahun kemudian, sekolah itu direnovasi dan dibuka seperti biasa.
Sejak pembukaan sekolah itu, satu persatu kejadian misteri kembali menghantui guru-guru dan pelajar. Gangguan itu dikaitkan dengan roh anak tersebut. Dikatakan rohnya tidak tenang dan mau meminta keadilan.
Begitu juga dengan Lucy. Tidak tahan dengan gangguan yang dihadapi, dia akhirnya meninggalkan sekolah itu. Tidak lama selepas kepergiaan Lucy, sekolah itu telah dirobohkan dan dibina semula sebagai rumah persendirian.
Menurut cerita lagi, setelah dirobohkan, tiada lagi gangguan yang berlaku kepada pemilik rumah disitu.
Mungkin roh anak itu hanya mau membalas dendam kepada guru-guru yang menghukumnya. Siapa tahu..
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar